MESIN PENCANAI (GRINDING MACHINE)
Pengenalan
Mesin pencanai (grinding machine) merupakan salah satu mesin yang penting dalam kerja-kerja kejuruteraan. Tujuan utamanya ialah untuk membuang dan membersihkan bahagian-bahagian tertentu pada bendakerja. Mesin pencanai terdiri dari berbagai jenis, tetapi yang akan dibincangkan dalam kertas penerangan ini hanya tiga jenis sahaja iaitu:
a) Mesin pencanai berkaki
b) Mesin pencanai meja
c) Mesin pencanai mudahalih
Rajah : Komponen mesin Pencanai berkaki (Pedestal Grinder)
Mesin pencanai ini dipasang diatas kakinya yang khas dimana ia boleh didirikan diatas lantai. Mesin pencanai jenis ini sama juga dengan mesin pencanai meja, cuma ia lebih besar dan boleh dipasang dengan roda pencanai sehingga garispusat 24 inci atau 600 milimeter. Ia dilengkapkan dengan penyandar mataalat (tool rest) bagi menjamin keselamatan pengguna semasa melakukan kerja-kerja mencanai.
1. Mesin Pencanai Meja
Rajah :Komponen mesin Pencanai meja (Bench Grinder)
Mesin pencanai jenis ini adalah sesuai dipasang diatas meja. Ia lebih baik jika dibandingkan dengan mesin pencanai mudahalih kerana kedua-dua belah tangan pengguna bebas mengawal bendakerja yang dicanai. Biasanya ia dipasangkan dengan roda pencanai kasar dan halus disebelahnya. Kegunaannya ialah untuk mencanai mataalat kecil, peralatan dan lain-lain lagi.
1.1 Cara Mencanai Logam
Pakailah gogal ketika mencanai logam dimesin pencanai bagi menjaga keselamatan mata. Mata boleh luka atau buta disebabkan tatal-tatal logam berterbangan semasa mencanai. Letakkan bendakerja diatas penyandar dan sentuhkan muka hujung bendakerja yang hendak dicanai itu kemuka roda pencanai. Pegang bendakerja tersebut dengan kemas dan jangan tekankan bendakerja terlalu kuat kemuka roda canai. Sorongkan bendakerja tersebut kekiri dan kekanan sambil kenakan sedikit tekanan hinggalah sampai pada paras logam yang diperlukan.
Rajah : Kerja-kerja mencanai dilakukan
Mata alat yang hendak diasah semula seperti penebuk pusat, penggarit dan lain-lain lagi hendaklah dipegang pada hujung telunjuk dan ibu jari, manakala sebelah tangan lagi memusing alat itu mengikut condong atau sudut yang tertentu dengan muka roda pencanai itu.
2. Mesin Pencanai Mudahalih
Sebelum ini kita telah diperkenalkan dengan mesin pencanai jenis meja, tapi kali ini kita akan diperkenalkan pula dengan mesin pencanai gunatangan mudahalih yang amat berguna didalam bengkel dan tempat-tempat tertentu. Apabila bendakerja yang hendak dicanai sangat berat ataupun kita hendak mencanai diruang yang sempit dimana mesin canai jenis lain tidak dapat digunakan, maka mesin pencanai gunatangan mudahalih adalah amat sesuai digunakan. Roda atau piring canai mesin pencanai ini biasanya adalah nipis yang mempunyai saiz 100 mm x 4 mm x 16 mm, 180 mm x 6 mm x 22 mm dan 230 mm x 6 mm x 22 mm. Terdapat juga piring canai pemotong yang mempunyai ketebalan 3 mm. Gambarajah dibawah ini menunjukkan jenis-jenis mesin pencanai gunatangan mudahalih dan peralatannya.
Rajah 3.1.3 (a) : Komponen mesin Pencanai mudahalih (Portable Grinder)
Ø Pengendalian Mesin Pencanai Tangan Mudahalih
Pilih gred piring canai yang bersesuaian dengan bendakerja. Letakkan tepi piring canai pada sudut 15 darjah diantara muka bendakerja yang hendak dicanai. Ketika menggunakan piring canai yang baru, jangan cuba mencanai dengan cara tolak kehadapan kerana ia boleh memotong permukaan bendakerja terlalu banyak secara mengejut yang menyebabkan berlakunya ketidak seimbangan semasa mencanai. Sebaik saja tepi piring canai membulat setelah diusapkan dengan cara menarik kebelakang, maka bolehlah piring itu mencanai dengan gerakkan sorong tarik kehadapan dan kebelakang. Biarkan piring canai mengusap secara lembut dipermukaan bendakerja, jangan dibebankan dengan tekanan yang kuat kerana ia boleh melambatkan putaran piring canai serta merosakkan permukaan penyudahan bendakerja dan kemungkinan menyebabkan motor mesin pencanai rosak.
Rajah : Pengendalian Mesin Pencanai Tangan Mudahalih
3. Penyelenggaraan
Pastikan suis letrik mesin pencanai telah ditutup dan palam cemat ditanggalkan dari punca kuasa sebelum melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan. Tanggalkan dan periksa selalu berus karbon serta gantikan dengan yang baru setelah ia menjadi pendek iaitu lebihkurang 3mm atau 1/8 inci. Berus karbon mestilah sentiasa bersih dan bebas menyisip dalam ruang pemegangnya. Kedua-dua karbon gesel yang berada pada dikedua-dua belah motor mesin ini hendaklah ditukar pada masa yang sama. Gunakan berus karbon jenis yang sesuai dengan mesin pencanai itu sahaja. Gunakan pemutar skru bagi membuka tudung pemegang karbon gesel. Keluarkan berus karbon yang telah haus dan masukkan yang baru serta pasang semula penutup pemegang berus karbon. Perhatikan gambarajah dibawah.
Rajah : Kaedah mengeluarkan karbon gesel
4. Keselamatan
selalu amalkan bagi mengelakkan dari bahaya kebakaran, renjatan letrik dan kemalangan diri. Diantaranya adalah seperti berikut:
a) Pastikan kawasan bekerja bersih. Kawasan dan meja kerja yang berselerak dan tidak dikemas akan mendatangkan kemalangan semasa melakukan kerja-kerja mencanai.
b) Jauhkan diri dari keadaan bahaya. Jangan mencanai ditempat yang lembab atau basah,pastikan kawasan kerja dalam keadaan kering dan jangan dibiarkan mesin pencanai terkena hujan.
c) Pastikan kawasan tempat mencanai jauh dari orang ramai.
d) Apabila kerja mencanai tidak dilakukan, mesin pencanai hendaklah disimpan ditempat yang kering dan selamat serta tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
e) Jangan menekan secara paksa apabila mencanai kerana mesin pencanai boleh mencanai dengan lebih sempurna dan selamat pada kadar putaran piring canai yang telah disesuaikan.
f) Gunakan mesin pencanai yang sesuai. Jangan gunakan mesin pencanai
yang kecil untuk mencanai kerja yang besar atau berat serta jangan
gunakan pencanai pada tempat yang bukan tujuannya.
g) Pakai pakaian pelindung dengan betul dan kemas, pakaian yang longgar
atau memakai barang perhiasan seperti gelang , cincin, rantai dan jam
tangan yang akan mendatangkan bahaya apabila ia tersangkut pada
benda yang bergerak.
h) Gunakan cermin mata keselamatan (goggle) dan juga pelindung
pernafasan jika mencanai bahan yang banyak mengeluarkan habuk.
i) Jangan salahgunakan kabel penyambung tenaga letrik. Jangan
tanggalkan kabel pembekal dari palam penyambung dengan cara
menyentak serta jauhkan kabel dari haba, minyak dan tepian benda yang
tajam.
j) Pegang bendakerja dengan kukuh. Gunakan pencengkam atau ragum
untuk memegang bendakerja, gunakan kedua-dua belah tangan untuk
memegang alat agar tidak letih.
k) Jangan terlampau rapatkan diri, gunakan kedudukkan kaki yang selesa
pada sepanjang masa mencanai.
l) Jaga peralatan mencanai dengan baik. Kekalkan peralatan ini dalam
keadaan yang kemas dan bersih untuk keselesaan kerja-kerja mencanai.
Ikut arahan dari pihak pembekal bagi tujuan pelinciran dan penukaran alat
gantinya. Periksa kabel bekalan letrik, jika rosak hendaklah dibaikpulih.
m) Tanggalkan kebel pembekal dari bekalan utama apabila tidak mencanai, sebelum dibaikpulih atau ketika menukarkan peralatan seperti piring canai, piring pemotong dan karbon gesel.
n) Pastikan kunci pelaras dan perengkuh ditanggalkan semasa mengemas peralatan mencanai dan sebelum pencanaian dilakukan.
o) Elakkan dari kelalaian semasa hendak memulakan kerja-kerja pencanaian. Jangan masukkan palam cemat kelubang bekalan utama semasa suisnya masih terbuka, pastikan suisnya ditutup terlebih dahulu.
p) Apabila mesin pencanai hendak digunakan diluar, gunakan kabel penyambung bekalan yang dikhaskan.
RUJUKAN:
1. Zakaria Saad (2006): “Teori Dan Teknologi Mekanikal”, Dewan Bahasa Dan Pustaka
2. Rajendra Simh, (2010) :Introduction to Basic Manufacturing Process and Workshop Technology,New Age International, ISBN: 8122418465
0 Ulasan